Antara masalah pendidikan yang diperbincangkan adalah mengenai ketiadaan fakulti Islam di Sabah dan Sarawak. Situasi ini berkemungkinan besar menyukarkan para pelajar di sana untuk mendalami ilmu pendidikan Islam malah mereka harus ke Semenanjung Malaysia untuk mempelajari ilmu agama. Bagi yang telah mendapat peluang belajar di Semenanjung, tidak ramai pula dari mereka yang berpeluang untuk kembali berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, NGO anak muda ini turut menyatakan ketidaksetujuan terhadap penghadkan 10 subjek bagi SPM. Mereka merumuskan harus ada inisiatif lain yang harus dilaksanakan jika penghadkan tersebut mahu diteruskan. Antaranya ialah dengan membenarkan pelajar beragama Islam mengambil subjek sains dan pelajar sains harus mengambil subjek agama Islam. Mereka turut mencadangkan agar subjek pendidikan Islam diwajibkan untuk diambil bagi pelajar Tahun 6 yang mengambil UPSR.
Isu Biro Tatanegara (BTN) juga menjadi topik perbincangan yang disepakati bersama. Mereka bersetuju BTN adalah salah satu bentuk doktrinisasi kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap para peserta program tersebut. Mereka bersetuju jika BTN ini mahu diteruskan, maka kerajaan harus merombak silibus BTN secara keseluruhannya. BTN juga disaran agar harus mencontohi SPIES yang dianjurkan oleh kerajaan Selangor yang dipercayai tidak mempunyai doktrinisasi politik di dalam pengisiannya. Malah, SPIES diyakini pelaksanaannya kerana penuh dengan modul-modul pembinaan modal insan yang positif. Ini terbukti kerana terdapat negara lain yang ingin mencontohi modul SPIES.
Dalam perjumpaan ini, KARISMA juga menyatakan persediaan untuk bekerjasama dengan SPIN bagi program-program yang berkaitan dengan pendidikan Islam. KARISMA dan SPIN yang mewakili Gabunagn Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam segala hal untuk kepentingan Islam.
Terkini, Pengerusi SPIN, Muhammad Naqiuddin juga turut menjelaskan bahawa SPIN akan menjadi Biro Pendidikan di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang akan berfungsi untuk menaungi semua isu pendidikan bersama SMM.






